Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa

Bersyukur

Bersyukur

Baca dan hayati

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
>Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan
anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku >yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah >berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang >mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana >persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia >membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas >pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang >tercatat..... "Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja >dan akan kirim wang buat akak." > >Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup >kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. > >Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada >pemuda kampung tunggu kau kat luar!" > >"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" > >Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan >pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang >kampung, sebutlah adik yang datang!" > >Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang >akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" > >Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup >tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas >bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. > >Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa >orang lain kata." > >Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk >kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok >ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." > >Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya >dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. > >Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. >Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. > >"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." > > >"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya >luka-luka." > >Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. > >"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. > >"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan >serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. > >Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja >keras." > >Apalagi...aku menangis seperti selalu. > >Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan >menawarkan jawatan pengurus kepada adik. > >"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. > >"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik >ada." > >"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. > >"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan >kesedihannya. > >Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah >tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, >juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" > >Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas >menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. > >"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke >sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya >memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada >saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat >kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." > >"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa >saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya >sampai bila-bila." > >Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik >sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Buat renungan untuk semua



Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama,kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak
mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat
dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur
yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan
Tuhan tanpa mampu melihat
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari
saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari
api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang
menyakitkan untuk syaitan.

Jihad

Jihad

Jihad



Sabda Rasulullah S.A.W

"Iman seseorang hamba Allah tidak akan lurus sebelum hatinya lurus, dan hatinya tidak akan lurus sebelum lidahnya lurus.." (H.R Ahmad)

Renungan buat semua

Wahai kawan2 ku tersayang... Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan lebih kaya dari semalam .....amin amin amin. Sebelum tido cuba fikir2kan berapa banyak tanda2 dibawah telah menghampiri kita.... Na'uzubbillah. Antara TANDA2 KIAMAT KECIL berdasarkan hadis: 1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari 2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim 3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah 4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim. 6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang". 10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani 11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim 12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad